Home SemasaGlobal Korea Utara lancar 2 peluru berpandu balistik, tunjuk keupayaan taktikal nuklear

Korea Utara lancar 2 peluru berpandu balistik, tunjuk keupayaan taktikal nuklear

by M.Daim

SEOUL, 20 Feb – Korea Selatan hari ini melancarkan 2 peluru berpandu balistik jarak dekat dan satu tembakan artileri roket.

Kedua-dua peluru berpandu balistik terbabit dilancarkan pada pukul 7 pagi dan 7.11 pagi waktu tempatan.

Menurut pihak tentera Korea Selatan, kedua-dua peluru berpandu balistik terbabit telah jatuh di kawasan laut selepas terbang sejauh 340 dan 390 kilometer.

“Jarak misil ini menunjukkan bahawa pangkalan udara Korea di Cheongju dan pangkalan udara Amerika Syarikat di Osan serta Gunsan adalah berada dalam jarak serangan,” lapor media Korea Selatan yang memetik kenyataan pihak tentera.

Sementara itu, lidah rasmi Korea Utara, Korean Central News Agency (KCNA) menyatakan unit artileri negara itu telah melancarkan tembakan roket 600 milimeter.

“Serangan roket ini merupakan adalah keupayaan taktikal nuklear. 4 roket ini mampu memusnahkan lapangan terbang musuh,” kata KCNA.

Pelancaran roket dan peluru berpandu balistik ini merupakan kali ketiga dilakukan oleh Korea Utara pada tahun ini. 2 hari lalu, Pyongyang telah melancarkan peluru berpandu balistik (ICBM) dan jatuh di kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif Jepun. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply