Home Pertahanan dan Keselamatan Ops Starlight II: Mental perlu kuat, hadapi mangsa trauma terutama kanak-kanak

Ops Starlight II: Mental perlu kuat, hadapi mangsa trauma terutama kanak-kanak

A+A-
Reset

Lebih 45,000 orang dilaporkan terbunuh dalam gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria 6 Februari lalu.

Jumlah korban dijangka terus meningkat ekoran sekitar 264,000 pangsapuri di Turkiye musnah dan masih ramai lagi hilang dalam bencana terburuk di negara itu.

Sehubungan itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Perkhidmatan Kesihatan ATM telah mengaturgerakan seramai 106 pegawai dan anggota perubatan bagi pengoperasian Hospital Medan Malaysia (HMM) dibawah Ops Starlight II.

Hospital Medan Malaysia (HMM) telah beroperasi sepenuhnya di Celikhan, Adiyaman dan menerima pesakit dari kalangan penduduk setempat.

Doktor pakar pediatrik, Leftenan Kolonel Dr Zuraini Sulaiman berkata, pasukannya akan sedaya upaya memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam membantu mangsa gempa bumi tersebut.

Beliau merupakan salah seorang doktor pakar dari ATM yang berangkat ke Turkiye pada 11 Februari lalu untuk menghulurkan khidmat perubatan di sana.

“Misi ini merupakan misi Ad Hoc pertama bagi saya dan tim, biarpun sebelum ini saya pernah di hantar ke Lubnan dengan situasinya terkawal dengan fasiliti yang telah sedia ada namun, untuk misi kali ini berlainan tanpa mengetahui akan situasi yang bakal dihadapi,

“Doktor pakar, staf perubatan dan kelengkapan perubatan berjaya dikumpulkan serta disiapkan dalam jangkamasa lebih kurang 72 jam adalah perkara biasa,

“Kami telah kumpulkan yang terbaik untuk membuat yang terbaik di sana nanti,” kata Dr Zuraini ketika ditemui.

Dr Zuraini menjelaskan, kebanyakkan mangsa terkesan oleh bencana ini adalah dari kalangan kanak-kanak yang mana kehilangan orang tua, saudara-mara dan tempat tinggal.

“Oleh itu, kami perlu bersedia dan mempunyai mental serta fizikal yang kuat dalam menghadapi mangsa terutamanya kanak-kanak terkesan dengan trauma,” katanya lagi.

HMM yang beroperasi di Celikhan, Aditaman terletak kira-kira 152 kilometer (km) dari Gaziantep telah merawat 164 pesakit sejak dibuka 14 Februari lalu.

Sehingga artikel ini ditulis, pasukan perubatan ATM dalam Ops Starlight II masih lagi berada di Celikhan, Adiyaman dan dijangka berada di sana dalam tempoh selama 6 minggu. – airtimes.my

KATA KUNCI : Angkatan Tentera Malaysia (ATM)gempar bumiHospital Medan MalaysiaTurkiye

Leave a Reply