Home SemasaGlobal Suruhanjaya Eropah cadang sekatan eksport elektronik, elemen enjin jet ke Rusia

Suruhanjaya Eropah cadang sekatan eksport elektronik, elemen enjin jet ke Rusia

by M.Daim

BRUSSELS, 16 Feb – Suruhanjaya Eropah (European Commission, EC) mengusulkan larangan eksport produk tertentu ke Rusia.

Ini meliputi komponen elektronik, alat ganti, kenderaan dan elemen pembuatan jet pejuang.

“Kami mengusulkan kawalan eksport 47 komponen elektronik yang mungkin boleh digunakan dalam sistem persenjataan Rusia seperti pada dron, misil dan helikopter,

“Kami turut mengusulkan untuk melanjutkan larangan eksport bernilai 11 bilion Euro bagi menegah ekonomi Rusia dari teknologi dan barang-barang penting,” kata Presiden EC Ursula von der Leyen pada Rabu.

Menurut beliau, sekatan yang diusulkan oleh EC memberi fokus kepada elektronik, kenderaan pengangkutan khusus serta komponen mesin, trak dan enjin jet.

Selain daripada itu, pihak EC turut mengusul langkah memperketatkan eksport nadir bumi, sistem imejan infra merah dan bahan binaan kepada Rusia.

Ursula turut menyatakan pihaknya akan menilai secara komprehensif terhadap aset-aset Bank Pusat Rusia yang dibekukan di Eropah untuk digunakan dalam pembangunan semula negara Ukraine. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply