Home Semasa Tuntutan waris Sultan Sulu: Aset Petronas di Luxembourg sekali lagi dirampas

Tuntutan waris Sultan Sulu: Aset Petronas di Luxembourg sekali lagi dirampas

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Mahkamah Luxembourg dilaporkan telah mengeluarkan arahan baharu untuk merampas 2 unit aset Petronas pada minggu ini.

Rampasan tersebut adalah berkaitan dengan tuntutan waris Sultan Sulu yang bernilai US15 bilion.

“Waris Sultan Sulu berusaha untuk menegakkan keputusan penganugerahan US$14.9 bilion yang diberikan oleh mahkamah timbang tara Perancis pada tahun lalu,” lapor Reuters.

Menurutnya, bailif Mahkamah Luxembourg  telah mengeluarkan arahan untuk merampas unit dan akaun bank Petronas pada hari Selasa.

Laporan itu turut memetik kenyataan dari peguam yang mewakili waris Sultan Sulu, Paul Cohen yang menyatakan arahan terdahulu ditarik balik kerana isu kecil.

“Ketetapan teknikal telah diputuskan dan perintah untuk pembekuan aset sekali lagi dilaksanakan terhadap Petronas,” kata Cohen yang dipetik oleh Reuters. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply