Home Politik Terserah kepada kebijaksanaan Agong, kita hormati mandat rakyat – GPS

Terserah kepada kebijaksanaan Agong, kita hormati mandat rakyat – GPS

by M.Daim

KUCHING, 22 Nov – Pihak Gabungan Parti Sarawak (GPS)  hari ini menegaskan kepentingan negara adalah perkara yang perlu diutamakan.

Tambahnya, penubuhan kerajaan yang stabil dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi antara perkara yang perlu diambil perhatian.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak, GPS menjelaskan pihaknya telah mengemukakan cadangan untuk tubuh kerajaan Malaysia terdiri daripada gabungan PN, BN, GPS dan GRS.

“Gabungan ini adalah mewakili kerangkuman masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,

“Memandangkan kepada kemelut politik di Semenanjung Malaysia, GPS berpendirian bahawa mandat rakyat hendaklah dihormati,” katanya.

Pada masa yang sama, GPS menyerahkan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  untuk melantik Perdana Menteri yang akan mengetuai kerajaan yang kukuh untuk mentadbir negara. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply