Home PolitikBarisan Nasional PRU15: Biar PN dan PH bergabung, BN sedia jadi pembangkang – Mohamad Hasan

PRU15: Biar PN dan PH bergabung, BN sedia jadi pembangkang – Mohamad Hasan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bergabung menubuhkan kerajaan kerana mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi.

Tegas Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, BN pula bersedia menjadi pembangkang yang bertanggungjawab untuk semak dan imbang kerajaan baharu.

“Kami BN menerima keputusan rakyat yang menolak BN. Maka kami ini tak ada kuasa untuk menubuhkan kerajaan,

“Saya cadangkan biarlah PN dan PH bergabung tubuh kerajaan sebab mereka mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya malam tadi.

Bagaimanapun beliau menegaskan, jika bantuan BN diperlukan dalam waktu peralihan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, pihaknya tetap sedia menyumbang kepada pembukaan bicara yang ikhlas dan terbuka.

“Kalau masih tak dapat juga tubuh kerajaan, tolong jangan salahkan kami. Ini hasil daripada proses yang demokratik, untuk memulangkan mandat kepada rakyat,

“Kami hanya menghormati keputusan itu. Semoga Malaysia sentiasa berada dalam peliharaan ALLAH SWT jua,” ujarnya.

Beliau berkata demikian, susulan konflik pembentukan Kerajaan Persekutuan yang masih belum dimuktamadkan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?