Home SemasaGlobal Kanada akan pertingkat kehadiran dan kerjasama ketenteraan di Indo-Pasifik

Kanada akan pertingkat kehadiran dan kerjasama ketenteraan di Indo-Pasifik

by M.Daim

WASHINGTON, 19 Nov –  Menteri Pertahanan Kanada, Anita Anand  menyatakan pihaknya akan mengeluarkan strategi baharu dan komprehensif untuk rantau Indo-Pasifik.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa menyampaikan ucapan di Forum Keselamatan Antarabangsa Halifax, awal pagi tadi.

Menurut beliau, strategi tersebut akan meletakkan Kanada sebagai salah satu pemain utama untuk menggalakkan keamanan dan keselamatan di rantau itu.

“Kami komited untuk mempertingkatkan lagi penglibatan Kanada di rantau Indo-Pasifik bagi tahun-tahun yang akan mendatang,

“Oleh yang demikian, kami akan menggubal strategi yang komprehensif di rantau Indo-Pasifik,” katanya.

Jelas Anita, Kanada merupakan salah sebuah negara yang terletak pesisir Lautan Pasifik dan mempunyai peranan tersendiri dalam rantau itu. Beliau turut menyatakan strategi komprehensif itu akan mempamerkan usaha terbaik Kanada untuk menjadi salah satu daya penggerak perubahan bersifat positif serantau dan global.

“Dari sudut pertahanan, Kanada akan mempertingkatkan kehadiran tentera,

“Selain itu, kami akan menambah baik hubungan baik dari aspek pertahanan dan keselamatan bersama negara rakan serta sekutu di rantau Indo-Pasifik” ujar beliau.

Anita turut menjelaskan rantau ini merupakan pusat anjakan global.

“Ia merupakan kawasan yang mempunyai kadar pertumbuhan ekonomi yang pantas,

“Kadar tersebut merangkumi dua pertiga daripada kadar pertumbuhan global untuk beberapa tahun kebelakangan,

“Apa jua isu yang akan memberikan kesan kepada keselamatan global pada masa akan datang adalah terletak di rantau Indo-Pasifik,” katanya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply