Home SemasaGlobal Serangan siber lumpuhkan sistem rangkaian kerajaan Vanuatu

Serangan siber lumpuhkan sistem rangkaian kerajaan Vanuatu

by M.Daim

VANUATU, 9 Nov – Rangkaian perkhidmatan dalam talian kerajaan Vanuatu lumpuh berikutan serangan siber yang berlaku di negara itu semenjak 6 November lalu.

Perkara tersebut disahkan oleh Pejabat Ketua Penerangan Kerajaan negara itu pada hari ini.

“Emel, perkongsian rangkaian, dan semua perkhidmatan dalam talian kerajaan pada ketika ini masih tidak dapat digunakan,

“Ini sekaligus melumpuhkan perkhidmatan kesemua agensi dan jabatan kerajaan,” lapor media Vanuatu.

Jelasnya, pihak agensi sedang berusaha untuk memulihkan semula rangkaian perkhidmatan.

Sebelum ini, negara pulau selatan Pasifik itu mendakwa fasiliti siber mereka telah diserang oleh kumpulan penggodam dari Asia. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply