Home SemasaGlobal AS guna 20 RQ-4 Global Hawk untuk ujian senjata hipersonik

AS guna 20 RQ-4 Global Hawk untuk ujian senjata hipersonik

by M.Daim

WASHINGTON, 11 Jul – Pesawat tanpa pemandu (UAV) altitud tinggi, RQ-4 Global Hawk akan digunakan dalam ujian misil hipersonik di Lautan Pasifik.

20 buah UAV yang dikendalikan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat (US Air Force, USAF) akan menjalani kerja pengubahsuaian bagi memenuhi keperluan tersebut.

“Kesemua UAV terbabit akan diubahsuai mengikut spesifikasi Range Hawk di Northa Dakota,” lapor The Forbes.

RQ-4 Global Hawk merupakan antara aset yang diaturgerak oleh Amerika Syarikat di ruang udara Afghanistan sejurus insiden 11 September 2001 berlaku.

UAV ini dilengkapi dengan penderia elektro-optikal, kamera termal dan synthetic aperture radar bagi memenuhi peranannya untuk melakukan ISR.

AS pada ketika ini sedang mempergiatkan pembangunan misil hipersonik selepas China dan Rusia telah berjaya melaksanakan ujian persenjataan hipersonik masing-masing. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply