Home Semasa Wanita hina Islam direman 3 hari

Wanita hina Islam direman 3 hari

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 Jul – Polis Driaja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan seorang wanita yang disyaki menghina agama Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, pada Ahad.

Suspek ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman, di Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, suspek wanita berusia 26 tahun itu direman selama 3 bermula semalam hingga Selasa.

“Pada masa ini, suspek ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan,” katanya.

Menurutnya, kes disasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular satu video memaparkan wanita yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak, itu membuat persembahan di sebuah kelab komedi sambil menghina agama Islam.

Dalam video berdurasi 54 saat itu, wanita terbabit mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply