Home Pertahanan dan Keselamatan Tragedi Aidiladha: 2 anggota Tentera Darat gugur ketika laksana operasi

Tragedi Aidiladha: 2 anggota Tentera Darat gugur ketika laksana operasi

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 11 Jul – Seramai 2 orang anggota Tentera Darat Malaysia (Tentera Darat) disahkan terkorban ketika melaksanakan operasi di kawasan perbatasan tanah air.

Tentera Darat dalam satu kenyataan berkata kedua-dua anggota dari Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2RAMD) dilaporkan maut selepas ditimpa pokok semasa ribut melanda kawasan operasi.

“Pada 10 Julai 2022 jam lebih kurang 2.30 pagi, pangkalan sementara di kawasan operasi pasukan tersebut telah dilanda ribut kencang,

“Selepas 20 minit, suasana kembali tenang. Pemeriksaan keselamatan telah dilaksanakan dan mendapati kedua-dua anggota telah meninggal dunia akibat ditimpa pokok,” kata kenyataan itu.

Tentera Darat turut menyatakan identiti kedua-dua mangsa iaitu Sarjan Mohd Kamal Ramli dan Koperal Muhammad Zaki Johari.

“Jenazah Allahyarham Sarjan Mohd Kamal akan dikebumikan di Sungai Petani manakala Allahyarham Koperal Muhammad Zaki di Chuping, Perlis,” jelasnya.

Dalam pada itu, Tentera Darat menzahirkan ucapan takziah kepada waris mangsa dan akan menghulurkan bantuan sewajarnya bagi memastikan kebajikan keluarga terjaga. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply