Home SemasaGlobal Harga minyak mentah akan naik mendadak lebihi US$300 setong – Rusia

Harga minyak mentah akan naik mendadak lebihi US$300 setong – Rusia

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Rusia hari ini menegaskan tindakan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya untuk mengenakan sekatan penjualan minyak dari negara itu akan mencetuskan krisis harga minyak mentah global.

Perkara tersebut disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexander Novak.

“Sekatan terhadap penjualan minyak mentah oleh Rusia hanya akan membawa padah yang teruk kepada pasaran global,

“Harga minyak meningkat secara mendadak dan mungkin melebihi US$300 setong,” kata Alexander dipetik oleh agensi media Rusia.

Menurut beliau, Rusia merupakan pembekal minyak utama kepada Eropah dengan kadar 30% setahun.

Sementara itu, harga pasaran hadapan minyak mentah terus mencatatkan peningkatan secara mendadak semenjak 28 Februari lalu.

Pada pukul 6 pagi waktu London (2 petang waktu Malaysia), harga pasaran hadapan minyak mentah Brent telah meningkat kepada US$ 127.74 setong.

Pada waktu yang sama, harga pasaran hadapan minyak mentah U.S. West Texas Intermediate (WTI) telah menokok kepada US$123.08 setong.

Semalam, harga minyak Brent melonjak kepada US$130 setong apabila Amerika Syarikat (AS) telah mengadakan perbincangan dengan negara sekutu di Eropah bagi mengenakan sekatan eksport minyak mentah oleh Rusia.

Kali terakhir kedua-dua minyak ini mencatatkan paras harga tertinggi adalah pada Julai 2018.

Pada ketika itu, Brent telah mencecah US$147.50 manakala WTI US$147.27.

Rusia merupakan negara ketiga terbesar dalam galian minyak mentah global dengan mengeksport kira-kira 7 juta tong sehari. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply