Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eksesais Satria Perkasa uji keupayaan ketumbukan 11 Briged

Eksesais Satria Perkasa uji keupayaan ketumbukan 11 Briged

by Nurulhuda

KUALA SELANGOR, 8 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Markas Briged Kesebelas Infantri Malaysia (11 Bgd) melaksanakan Eksesais Satria Perkasa bagi menguji keupayaan formasi dalam aspek prosedur operasi serta logistik.

Markas 11 Bgd menerusi hantaran di media sosialnya berkata, eksesais tersebut akan dijalankan di sekitar kawasan Bestari Jaya hingga ke Ulu Bernam.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div), Mejar Jeneral Datuk Ya’cob Samiran di Ladang Bukit Talang, Kuala Selangor pada Ahad lalu.

“Seramai 93 orang pegawai dan 1,143 anggota di bawah naungan 11 Bgd serta unit-unit tumpangan terlibat dalam eksesais ini yang dijalankan di sekitar kawasan Bestari Jaya hingga ke Ulu Bernam,

“Kumpulan Senggaraan Briged (KSB) juga ditubuhkan bagi memainkan peranan sebagai sokongan logistik kepada kumpulan tempur di hadapan,

“Eksesais ini turut melibatkan anggota sukarela dari Rejimen 502 Askar Wataniah (Rej 502 AW) yang berpeluang untuk menambah pengetahuan dan pengalaman,” jelas hantaran itu.

Tambahnya, penyampaian Perintah Operasi Mara Briged oleh Panglima 11 Bgd, Brigedier Jeneral Fazal Abdul Rahman.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply