Home SemasaGlobal Kesan varian baharu COVID-19 akan diketahui dalam beberapa minggu – WHO

Kesan varian baharu COVID-19 akan diketahui dalam beberapa minggu – WHO

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 26 Nov –  Ketua Bahagian Teknikal COVID-19 Badan Kesihatan Dunia (WHO), Dr Maria Van Kerkhove hari ini menegaskan impak dan kesan varian COVID-19 terbaharu,  B.1.1.529 akan dikenal pasti dalam masa beberapa minggu lagi.

Beliau dalam satu siaran video di akaun media sosial rasmi WHO berkata, kumpulan penyelidik sedang melakukan diagnosis terhadap varian tersebut.

“Kita mempunyai maklumat yang terhad berhubung varian baharu ini. Namun, apa yang kita ketahui adalah B.1.1.529 adalah mempunyai kadar mutasi yang tinggi,” katanya.

Beliau menambah, mutasi pada varian baharu ini akan memberikan kesan kepada ciri-ciri dan kelakuan virus COVID-19.

Pada masa yang sama, Maria turut menjelaskan mutasi virus terjadi apabila penularan wabak terus berlaku.

“Penularan yang berterusan akan menyebabkan berlakunya mutasi pada virus,” ujarnya.

Terdahulu, United Kingdom bertindak mengenakan sekatan penerbangan dari Afrika Selatan, Botswana, Lesotho, Eswatini, Zimbabwe dan Namibia. Ini berikutan penularan varian  B.1.1.529 di kesemua negara terbabit.

WHO masih belum memutuskan sama ada varian ini diklasifikasikan sebagai Variant of Concern (VoC) atau Variant of Interest (VoI) – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply