Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Eksesais Tembadau uji keberkesanan pelan pertahanan negeri Sabah – Air Times News Network
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eksesais Tembadau uji keberkesanan pelan pertahanan negeri Sabah

Eksesais Tembadau uji keberkesanan pelan pertahanan negeri Sabah

by Nurulhuda

LOK KAWI, 26 Nov – Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) telah melaksanakan Eksesais Tembadau 5 Divisyen Siri 1/2021 bagi menilai keberkesanan pelan mempertahankan negeri Sabah melalui Sistem Olah Perang atau Battle Simulation Systems.

5 Div menerusi hantaran di media sosialnya berkata, eksesais yang menggunakan Sistem Tempur Pertama (Battle Tek IV) ini telah bermula pada 25 November sehingga 1 Disember 2021.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Panglima 5 Div, Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid di Padang Pavilion, Kem Lok Kawi pada Khamis.

Beliau berkata, fokus utama eksesais ini dilaksananakan adalah bagi menguji kemampuan perancangan dan keupayaan elemen bantuan tempur formasi serta pasukan dalam fasa defensif.

“Pada masa yang sama, pelaksanaan eksesais ini juga bertujuan bagi menguji taktik, teknik dan prosedur (TTP) bagi setiap peringkat pemerintah berdasarkan doktrin yang sedia ada dan menguji keberkesanan perintah, kawalan, pengurusan logistik di peringkat formasi dan pasukan,

“Pelaksanaan eksesais ini melibatkan atur gerak tempur dan bantuan logistik keseluruhan Divisyen yang dipraktikkan secara Command Post Exercise (CPX) dan dikendalikan oleh Tim Olah Perang TD (POP TD),

“Eksesais ini juga akan menguji keupayaan formasi dan pasukan yang terlibat untuk menubuhkan dan mengendalikan Markas Taktikal dan Kumpulan Senggaraan Briged (KSB) di medan,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Mohd Halim turut berkesempatan melihat demonstrasi Atur Gerak Tindak Cepat oleh C Bateri, Rejimen Ke-6 Artileri Diraja (6 RAD) menggunakan 105mm Pack Howitzer. Manakala, A dan B Bateri sedang melaksanakan misi tembak di kawasan Meriam Bateri masing-masing bagi membantu pasukan sahabat di barisan hadapan.

Turut hadir, Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Bgd), Brigedier Jeneral Saiful Bahari Zainol; Panglima Briged Ke-13 Infantri Malaysia (13 Bgd), Brig Jen Suhaimi Shamsuddin; Komander Artileri Divisyen Markas 5 Div, Kolonel Zamri Mat Esa dan pegawai kanan pasukan naugan 5 Div. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?