Home SemasaGlobal 3 cedera dalam serangan di Al-Anbar

3 cedera dalam serangan di Al-Anbar

by Air Times News Network

IRAQ, 5 Nov – Sekurang-kurangnya 3 anggota tentera Iraq cedera dalam serangan pengganas ISIS di daerah Al-Rutba, semalam.

Shafaq News dalam akaun rasminya berkata, serangan tersebut turut mengakibatkan memusnahkan kenderaan ISIS dan membunuh pengganas berkenaan.

“ISIS melancarkan serangan yang menyasarkan ke atas Briged ke 74 di dalam Divisyen kelima pasukan tentera Iraq, berhampiran kawasan Al-Taba’at di daerah Al-Rutba,” kata laporan itu.

Komander Operasi Al-Anbar, Leftenan Jeneral Nasser Al-Ghannam dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menolak serangan ISIS dan telah membunuh kesemua pengganas di dalam kenderaan mereka. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply