KUCHING, 5 Nov – Ketua Menteri Sarawak, , Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah bubar pada 3 November 2021.
Beliau menyatakan perkara tersebut dalam sidang media khas sidang media khas di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di Kuching pagi tadi.
“Yang di-Pertua Negeri Sarawak telah mengisytiharkan DUN bubar pada 3 November 2021,” kata Abang Johari.
Menurut beliau, pembubaran ini adalah adalah selari dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan Darurat di Negeri Sarawak dan juga Perlembagaan Negeri.
Tambahnya, pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia akan dimaklumkan oleh Speaker DUN.
Tegas Johari, pembubaran DUN dan Pilihanraya Negeri adalah jaminan kepada rakyat negeri Sarawak menunaikan hak demokrasi mereka. – airtimes.my