LUBNAN, 30 Okt – Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) telah menderma sebanyak 500 kilogram ubat-ubatan kepada Angkatan Tentera Lubnan (LAF).
Sumbangan diumumkan oleh Komander dan Ketua Misi UNIFIL, Mejar Jeneral Stefano Del Col semasa lawatan Menteri Pertahanan Lubnan, Maurice Sleem ke Ibu Pejabat UNIFIL di Naqoura, semalam.
“Keadaan ekonomi semasa telah mencetuskan satu situasi yang sukar kepada semua pihak termasuk LAF,
“Pihak Majlis Keselamatan PBB dengan Resolusi 2591 telah meminta UNIFIL untuk mengambil langkah bantu LAF dengan membekalkan barang keperlua,
“Kami berbangga kerana dapat membantu LAF sebagaimana mereka membantu UNIFIL dalam melaksanakan operasi di Selatan Lubnan,” kata Del Col.
Menurut beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh UNIFIL, bekalan ubat-ubatan tersebut akan digunakan oleh anggota tentera LAF serta keluarga. – airtimes.my