Home SemasaGlobal Malaysia kutuk peluasan penempatan haram Israel

Malaysia kutuk peluasan penempatan haram Israel

by M.Daim

PUTRAJAYA, 30 Okt – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan langkah Israel meluaskan penempatan haram di kawasan Palestin dan Timur Baitulmaqddis adalah melanggar undang-undang serta resolusi antarabangsa.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, langkah Israel meluluskan 3,000 unit baharu rumah untuk penempatan haram mereka jelas melanggar Konvensyen Geneva.

“Malaysia menggesa komuniti antarabangsa untuk menekan Israel dari terus melakukan aktiviti peluasan penempatan haram mereka serta melanggar hak asasi manusia warga Palestin,

“Kedegilan Israel menjadi penghalang kepada usaha pendamaian dalam konflik ini,” katanya.

Saifuddin turut menegaskan pendirian Malaysia untuk menyokong warga Palestin untuk mencapai keamanan serta penubuhan negara mereka. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply