Home SemasaGlobal Erdogan: Penjualan F-16 kepada Turki ganti rugi program F-35

Erdogan: Penjualan F-16 kepada Turki ganti rugi program F-35

by M.Daim

ANKARA, 18 Okt – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendedahkan tawaran penjualan 40 buah jet pejuang F-16 kepada negara itu oleh Amerika Syarikat mempunyai kaitan dengan program F-35.

Turki sebelum ini merupakan antara negara yang terlibat dalam program F-35 Lightning II.

Pembelian sistem pertahanan udara S-400 oleh Ankara menyebabkan negara itu disingkirkan dari program pembangunan dan perolehan jet pejuang generasi ke-5 keluaran Lockheed Martin itu.

“Isu ini (penjualan F-16) berkait rapat dengan F-35. Turki telah melabur sebanyak US$1.4 bilion dalam program F-35,

“AS menawarkan pembayaran semula wang tersebut dengan menggunakan F-16,” katanya.

Media Turki turut memetik kenyataan jurucakap Presiden Turki, Ibahim Kalin yang menyatakan penambahan jet pejuang baharu dan modenisasi F-16 dalam Tentera Udara Turki merupakan antara alternatif yang dipertimbangkan dalam perbincangan antara Washington-Ankara.

Perbincangan tersebut adalah berkaitan dengan pembayaran semula wang pelaburan oleh Turki dalam program F-35. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply