Home Semasa SOP COVID-19: Saf solat jemaah akan kembali rapat – Menteri Agama

SOP COVID-19: Saf solat jemaah akan kembali rapat – Menteri Agama

by M.Daim

PUTRAJAYA, 18 Okt – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad menyatakan keputusan untuk memperbaharui aktiviti ibadah di masjid dan surau akan diputuskan selepas mesyuarat khas Jawatan Kuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam diadakan.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat khas tersebut akan diadakan pada 20 Oktober ini.

“Saya percaya, suatu keputusan demi maslahah umum akan dapat dicapai dan berharap aktiviti masjid serta surau khususnya solat berjemaah akan dibenarkan seperti sediakala dengan SOP tertentu,” katanya.

Menurut beliau, mesyuarat yang diadakan kelak bertujuan untuk mendengar taklimat mengenai penilaian risiko semasa COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Mesyuarat akan membincangkan beberapa isu SOP khususnya mengenai aktiviti di masjid dan surau,

“Ini termasuklah cadangan SOP untuk merapatkan susunan saf ketika solat jemaah,” jelasnya.

Idris menambah, mesyuarat khas diadakan susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai peralihan fasa dan kelonggaran SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 15 Oktober lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply