Home Semasa Lans Koperal maut tembak leher sendiri

Lans Koperal maut tembak leher sendiri

by Nurulhuda

MUAR, 17 Okt – Seorang anggota polis lelaki berpangkat Lans Koperal ditemukan maut dengan kesan tembakan di leher dalam sebuah kereta Proton Preve di lot letak kenderaan di Pekan Muar, pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, terdahulu Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima maklumat berkaitan seorang anggota berusia 29 tahun ingin membunuh diri melalui pesanan mesej di aplikasi WhatsApp.

“Bertindak atas maklumat tersebut, satu operasi mengesan dan mencari telah dijalankan dan pada pukul 11.18 pagi, anggota polis terbabit ditemukan mati dalam kenderaannya di lot parkir Pekan Muar,

“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan tembakan di lehernya selain polis turut menemukan sepucuk senjata jenis Revolver .38 berada bersama mayat si mati,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Difahamkan, mangsa bertindak membunuh diri kerana tertekan dengan masalah peribadi.

Setakat ini, Ayob Khan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply