Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara A400M TUDM terbangkan kelengkapan dan peralatan perubatan ke Sibu

A400M TUDM terbangkan kelengkapan dan peralatan perubatan ke Sibu

by Nurulhuda

SUBANG, 17 Okt – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan misi penghantaran kelengkapan tambahan Hospital Medan ATM dan peralatan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Sibu, Sarawak, hari ini.

TUDM menerusi hantaran di media sosial berkata, penghantaran ini merupakan peralatan tambahan daripada 2 Batalion Ubat (2 Ubat) dan KKM bagi melengkapkan fasiliti untuk Hospital Medan di Sibu.

Menurutnya, pesawat angkut jenis A400M dari No. 22 Skuadron, Pangkalan Udara (PU) Subang telah menerbangkan peralatan tambahan hospital medan tersebut iaitu khemah, portable aircond, field bed, distibutor box dan feeder piller panel manakala daripada KKM adalah mesin HFNC, besi kaki monitor serta oxygen concentrator.

“Susulan daripada kepadatan pesakit di Hospital Sibu akibat penularan wabak pandemik COVID-19, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama agensi-agensi kerajaan seperti Pejabat Residen Sibu, Pengarah Hospital Sibu dan Pengarah KKM Sibu telah bersepakat untuk mewujudkan Hospital Medan ATM di situ bagi tujuan rawatan kepada pesakit-pesakit selain COVID-19,

“Pada 1 Oktober yang lalu, ATM menerusi Rejimen 510 Askar Wataniah (Rej 510 AW) dan 1 Batalion Ubat (1 Ubat) telah memulakan persiapan dan pemasangan hospital medan yang berkapasiti 100 katil serta mampu menampung 100 pesakit pada satu-satu masa,

“Proses memuat naik kelengkapan Hospital Medan ATM dan peralatan perubatan KKM telah bermula seawal jam 6.OO pagi melibatkan anggota Cabang Pergerakan Udara Subang serta loadmaster pesawat A400M,” katanya.

Pesawat berlepas dari PU Subang pada jam 7.00 pagi dan selamat tiba di Sibu pada jam 9.00 pagi.

“Penerbangan telah diketuai oleh Mejar Mohd Hafiz Yusof TUDM selaku juruterbang dan dibantu oleh Kapten Noor Mohamad Farhan Mohamad Noor TUDM serta Kapten Muhammad Idris Ismail TUDM selaku pembantu juruterbang serta anak kapal,

“Proses-proses penurunan kelengkapan tambahan Hospital Medan Sibu telah dibantu oleh Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) dan Rej 510 AW,” tambahnya.

Pada masa yang sama, TUDM menjelaskan, ATM akan terus memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama kepada agensi-agensi lain dalam memastikan kesihatan serta kesejahteraan rakyat sentiasa dilindungi seterusnya membantu negara dalam mengekang penularan wabak COVID-19. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply