Home Semasa PDRM siasat kes rakyat Malaysia seludup dadah RM431.8 juta ke Australia

PDRM siasat kes rakyat Malaysia seludup dadah RM431.8 juta ke Australia

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan pihaknya sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia bagi menjalankan siasatan berhubung penahanan seorang warga Malaysia yang disyaki menyeludup dadah di negara berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, suspek tersebut sebelum ini dilaporkan telah ditahan pihak berkuasa Australia selepas dikesan cuba menyeludup masuk 450 kilogram (kg) dadah jenis heroin bernilai RM431.8 juta ke negara itu.

“Media melaporkan seorang warganegara Malaysia ditahan pihak berkuasa Australia kerana cuba menyeludup masuk 450 kg dadah jenis heroin bernilai RM 431.8 juta ke negara berkenaan,

“Segala tindakan perlu akan diambil JSJN dalam memastikan aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah dapat dibanteras tanpa kompromi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, pihak berkuasa Australia mengumumkan telah merampas dadah berkenaan menerusi satu siri serbuan dan ditemukan dalam kontena yang membawa jubin dari Malaysia ke Melbourne. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply