Home Semasa Penghapusan senjata nuklear jamin keamanan dan kestabilan antarabangsa – Menteri

Penghapusan senjata nuklear jamin keamanan dan kestabilan antarabangsa – Menteri

by M.Daim

NEW YORK, 29 Sept – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menegaskan langkah melucut dan mengharamkan senjata nuklear merupakan langkah terbaik untuk mengatasi ancaman senjata pemusnah tersebut.

“Senjata nuklear sepatutnya tidak boleh digunakan dan dijadikan sebagai ugutan. Ia sepatutnya dilucutkan dan dimusnahkan secepat yang mungkin,

“Mengharamkan senjata nuklear akan menyumbang kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa,” kata Saifuddin semasa Kenyataan Malaysia di Mesyuarat Tertinggi Perhimpunan Agung PBB ke-76 bersempena Hari Penghapusan Senjata Nuklear Sedunia.

Beliau menambah, langkah tersebut merupakan satu-satunya jalan untuk mengatasi ancaman senjata nuklear kepada dunia.

Saifuddin turut menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap kemajuan semasa pelucutan senjata nuklear di peringkat global yang kurang memberansangkan.

“Walaupun kita menghadapi suasana keselamatan semasa yang tidak menentu serta cabaran oleh COVID-19, usaha untuk menghapuskan senjata nuklear perlu dilaksanakan secara berterusan,

“Status semasa dunia yang masih kekal dengan kewujudan senjata nuklear adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan dikekalkan,” ujarnya.

Jelas Menteri Luar, status dunia tanpa senjata nuklear merupakan impian masyarakat antarabangsa semenjak penubuhan PBB. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply