Home SemasaGlobal Rusia hantar Su-27 pintas pesawat peninjau Amerika Syarikat

Rusia hantar Su-27 pintas pesawat peninjau Amerika Syarikat

by M.Daim

MOSKOW, 29 Sept – Tentera Udara Rusia (RuAF) bertindak menghantar sebuah jet pejuang Sukhoi Su-27 untuk memintas pesawat pengintip Amerika Syarikat di Laut Hitam.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, jet pejuang tersebut telah dikerah untuk mengenal pasti pesawat negara asing yang dikesan terbang menghampiri sempadan Rusia pada hari Selasa.

“Pesawat peninjau RC-135 milik Amerika Syarikat berjaya dipintas dan diiringi oleh jet pejuang RuAF di Laut Hitam,

“Ini bagi memastikan sempadan Rusia tidak dicerobohi oleh anasir luar,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, pesawat RC-135 kemudian terbang menjauhi sempadan Rusia.

“Pemintasan ini dilaksanakan secara tegas mengikut lunas undang-undang antarabangsa,” tegas Kementerian Pertahanan Rusia. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply