1.7K
NARATHIWAT, 29 Sept – 2 anggota polis Thailand maut, 4 cedera parah akibat letupan bom yang berlaku di daerah Chanae, Narathiwat, semalam.
Menurut laporan berita Bangkok Post, serangan bom tersebut berlaku pada jam 2.12 petang di Kampung Ban Nam Won, Chang Phuek.
Katanya, 2 daripada mereka disahkan maut iaitu Timbalan Inspektor, Pol Lt Theerasak dan Pol Sgt Pariwat Udom di Hospital Chanae.
Pihak polis berkata, bom buatan sendiri ditanam pada jalanraya dan diletupkan ketika kenderaan pikap polis dalam perjalanan pulang ke Balai Polis Chanae. – airtimes.my