Home SemasaGlobal Bekalan oksigen KRI NANGGALA hanya bertahan hingga Sabtu

Bekalan oksigen KRI NANGGALA hanya bertahan hingga Sabtu

by M.Daim

JAKARTA, 22 Apr – Panglima TNI Angkatan Laut (TNI AL), Laksamana TNI Yudo Margono hari ini menjelaskan bekalan oksigen anak kapal KRI Nanggala akan bertahan sehingga pagi Sabtu.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa sidang media hari ini.

“Bekalan oksigen kapal selam dalam keadaan ‘black out’ mampu bertahan untuk 72 jam,

“Jika dikira dari waktu ianya dipercayai hilang, bekalan dijangka akan kehabisan pada 3 pagi Sabtu,” jelas Yudo.

KRI Nanggala, kapal selam kelas Cakra (209/1300) buatan Jerman dilaporkan hilang pada pagi 21 April semasa menjalani latihan penembakan torpedo. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply