Home Semasa COVID-19: Kelantan catat angka harian tertinggi, 662 kes

COVID-19: Kelantan catat angka harian tertinggi, 662 kes

by M.Daim

PUTRAJAYA, 22  Apr – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan sebanyak 2,875 kes jangkitan baharu COVID-19 telah dikesan dalam negara dalam tempoh 24 jam.

Beliau dalam satu hantaran di akaun Twitter rasminya berkata, angka ini melibatkan 2,846 kes tempatan dan 29 lagi kes import.

Taburan kes mengikut negeri menunjukkan Kelantan telah mencatatkan angka kes tertinggi iaitu 662 kes baharu. Selangor catat 633 kes manakala Sarawak 474.

“Sebanyak 7 kematian baharu dicatatkan dengan 6 daripadanya merupakan warganegara Malaysia,

“Ini menjadikan jumlah pesakit meninggal dunia akibat wabak ini meningkat kepada 1,407 orang,” katanya.

Sementara itu, seramai 248 pesakit sedang dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 115 orang daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply