Home SemasaGlobal Tentera AS berundur sepenuhnya dari Afghanistan 11 September

Tentera AS berundur sepenuhnya dari Afghanistan 11 September

by M.Daim

WASHINGTON, 15 April – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden hari ini mengesahkan keputusan beliau untuk menamatkan kehadiran Tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan.

Menurut beliau, pengunduran kesemua Tentera AS di negara Asia Tengah itu akan berakhir pada 11 September tahun ini.

“Tiba masa untuk menamatkan perang yang panjang dan membawa pulang tentera AS,” kata beliau dalam satu ucapan yang disiarkan secara langsung oleh White House.

Biden menegaskan, misi AS untuk menumbangkan Al-Qaeda dan menghalang Afghanistan menjadi sarang pengganas telah lama tercapai.

“Kita telah menghukum Osama bin Laden pada 10 tahun lalu dan tentera AS masih berada di Afghanistan selepas itu,” ujarnya.

Biden menjelaskan beliau merupakan Presiden AS ke-4 untuk menguruskan kehadiran tentera negaranya di rantau Asia Tengah.

“Saya tidak mahu tanggungjawab ini terus dipikul oleh presiden AS yang akan datang,” katanya.

Pada masa yang sama, Biden memberi amaran kepada Taliban bahawa AS akan bertindak balas sekiranya mereka diserang semasa berundur dari Afghanistan. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply