Home Teknologi Pertahanan Indonesia memperluaskan penggunaan UAV dalam operasi serantau

Indonesia memperluaskan penggunaan UAV dalam operasi serantau

by Nor Azlan Mohd Nor

JAKARTA, 17 Feb – Tentera Nasional Indonesia (TNI) akan memperluaskan penggunaan pesawat tanpa pemandu (UAV) dalam tugas operasi serantau.

Ketua Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Marsekal Hadi Tjahjanto, telah menyatakan, penggunaan Alat Utama Sistem Senjata Tentera Nasional Indonesia (ALUTSISTA) terutamanya UAV akan diperluaskan mengikut operasi semasa.

“Kos untuk memiliki UAV adalah murah berbanding yang lain, ianya mudah dikendalikan dan boleh dilengkapi dengan sistem persenjataan yang lain,

“Kita mesti memperbaharui konsep pengoperasian penggunaan UAV dan bagaimana untuk digabungkan dengan sistem tempur sedia ada,” katanya.

Tjahjanto juga mengatakan perlu untuk mendapatkan UAV aras ketinggian sederhana untuk tugas pengoperasian di Natuna Utara, kepulauan Riau.

Penglibatan UAV dalam operasi di Poso dan Papua juga sangat diperlukan kerana ini dapat membantu dalam pengumpulan maklumat bagi membanteras kumpulan yang mahu menimbulkan ancaman terhadap keamanan Indonesia.

“UAV boleh membantu dalam operasi pengawasan dan risikan,” katanya.

Tjahjanto juga turut memuji UAV taktikal buatan Turki, dimana ianya telah terbukti berkesan dalam menyokong kemenangan Azerbaijan menentang Armenia baru-baru ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply