SEVILLE, 11 JUN – Pesawat pengangkut tentera A400M pertama untuk Tentera Udara Indonesia (TNI-AU) telah keluar dari bengkel cat di Barisan Perhimpunan Akhir (FAL) Seville, Sepanyol.
Langkah ini menandakan kemajuan besar menjelang penghantaran pesawat yang dijadualkan hujung tahun ini. Ketika ini, pesawat berkenaan sedang melalui fasa ujian darat sebelum penerbangan sulung.
Menurut Airbus, A400M tersebut kini berada dalam peringkat akhir pengeluaran. Sementara itu, pesawat kedua untuk Indonesia turut menunjukkan perkembangan stabil di barisan pengeluaran.
“Pesawat tersebut telah mencapai ‘kuasa pertama’ (first ‘power on’) dan kini sedang menjalani ujian sistem hidraulik serta semakan simulasi juruterbang,” menurut kenyataan Airbus Defence and Space.

Pesawat A400M untuk Tentera Udara Indonesia (TNI-AU) yang telah keluar dari bengkel cat di Barisan Perhimpunan Akhir (FAL) di Seville, Sepanyol. (Foto: Airbus)
Mengulas lanjut, Indonesia telah menempah dua buah pesawat A400M pada tahun 2021 sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh keupayaan logistik dan operasi ketenteraan negara itu.
Dengan keupayaan membawa sehingga 37 tan muatan, A400M mampu mengangkut kenderaan tentera dan helikopter merentasi jarak 2,400 batu nautika.
Disamping itu, pesawat ini juga boleh beroperasi dari landasan pendek atau tidak disediakan (unprepared air strips), iaitu satu ciri penting bagi operasi kecemasan di kawasan terpencil.
Selain sebagai pesawat pengangkut, A400M turut berfungsi sebagai tangki bahan api udara ke udara, menyokong pelbagai jenis pesawat dalam misi berterusan.
Kemasukan A400M ke dalam perkhidmatan TNI-AU dijangka memperkukuh keupayaan Indonesia dalam misi bantuan bencana, pemindahan perubatan dan sokongan kemanusiaan. -airtimes.my
#AirTimes #TNI #A400M #Airbus