Home SemasaGlobal Jepun mula atur gerak kapal pengawal pantai untuk tangani kapal China

Jepun mula atur gerak kapal pengawal pantai untuk tangani kapal China

by Nor Azlan Mohd Nor

TOKYO, 10 Feb – Jepun untuk pertama kalinya akan menempatkan kapal peronda Pengawal Pantai (JCG) di kepulauan Ogasawara, 1,000 km ke selatan Tokyo.

Ini merupakan sebagai langkah pencegahan penangkapan ikan secara haram di perairannya.

Menurut JCG, pihaknya akan mengaturgerakkan kapal peronda 180 tan Mikazuki ke kepulauan Ogasawara dalam beberapa bulan mendatang.

Pada tahun 2014, lebih 1,000 kapal nelayan asing yang dipercayai dari China telah dikesan menceroboh perairan Jepun.

Sejak itu, kerajaan Jepun telah menaikkan denda maksimum dari 10 juta Yen (RM383,298) kepada 30 juta Yen (RM1.1 juta).

Pada masa yang sama, denda untuk mengingkari pemeriksaan telah meningkat dari 300,000 Yen (RM11,947) hingga 3 juta Yen (RM114,987). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply