Home SemasaGlobal Bekas Presiden Korea Selatan dipenjara 20 tahun

Bekas Presiden Korea Selatan dipenjara 20 tahun

by Nor Azlan Mohd Nor

SEOUL – Mahkamah Tinggi Korea Selatan menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap bekas presiden, Park Geun-hye dalam keputusan terakhir skandal rasuahnya.

Keputusan itu mengakhiri proses perundangan yang panjang membabitkan banyak perbicaraan dan rayuan, termasuk perbicaraan di Mahkamah Agung sebelum ini.

Geun-hye merupakan presiden wanita pertama di negara itu yang dihukum penjara selama 30 tahun. Selepas membuat rayuan, hukumannya dikurangkan menjadi 20 tahun dengan denda sebanyak 21.5 bilion won (RM79.096 juta).

Sebelum ini beliau turut dihukum penjara 2 tahun kerana melanggar undang-undang pilihan raya.

Skandal rasuah yang melibatkan rakan karibnya, Choi Soon-sil yang dituduh mengambil rasuah dari konglomerat, termasuk syarikat Samsung Electronics, sebagai pertukaran layanan istimewa.

Sementara itu, Pemimpin Parti Demokratik Presiden Moon Jae-in, Lee Nak-yon, berkata beliau merancang untuk mencadangkan pengampunan Geun-hye dan Lee Myung-bak, iaitu bekas presiden lain yang sedang menjalani hukuman penjara, tetapi mendapat bantahan serta merta dari ahli politik. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply