Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis tahan rakyat Filipina bawa rokok seludup – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Polis tahan rakyat Filipina bawa rokok seludup

Polis tahan rakyat Filipina bawa rokok seludup

by M.Daim

LAHAD DATU, 15 Jan – Anggota Pasukan Polis Marin Lahad Datu telah menahan seorang rakyat Filipina yang didapati membawa 120 bungkus rokok tidak bercukai.

Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah dalam akaun Facebook rasminya berakta, lelaki terbabit telah dikesan oleh anggota polis yang sedang melakukan rondaan di pesisir pantai Kampung Sinakut.

“Anggota yang meronda telah menahan seorang lelaki sedang menaiki sebuah motorsikal dalam keadaan mencurigakan,

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek telah membawa 120 bungkus rokok pelbagai jenama tidak bercukai,

“Warga Filipina yang berusia 25 tahun terbabit bersama motorsikalnya telah ditahan,” kata Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu, Superintendant Gan Ping Sin dalam hantaran tersebut.

Jumlah rampasan adalah RM6,4720.40 termasuk nilai rokok selepas cukai sebanyak RM1,7420. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?