Home Politik Saya boleh berkerjasama dengan UMNO, tetapi dengan satu syarat – Tun M

Saya boleh berkerjasama dengan UMNO, tetapi dengan satu syarat – Tun M

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir hari ini menegaskan beliau bersedia untuk membuka kerjasama dengan UMNO.

Dalam satu wawancara yang disiarkan oleh stesen radio tempatan, Tun M menegaskan tawaran yang dinyatakan oleh beliau adalah bersyarat.

Beliau akan mempertimbangkan kerjasama dengan syarat mana-mana ketua parti UMNO yang mempunyai perbicaraan kes di mahkamah perlu meletak jawatan, tidak kira mereka telah disabitkan kesalahan atau tidak.

“Ya, mereka perlu meletak jawatan. Saya tak akan berkerjasama dengan mereka yang telah didakwa dalam mahkamah,

“Tak kiralah sama ada mereka didapati bersalah atau tidak,” ujarnya.

Tun M memulakan karier politik beliau dalam UMNO sebelum menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau kini mengetuai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), parti yang ditubuhkan oleh Tun M selepas dikeluarkan dari Bersatu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply