Home Sejarah Tapak sejarah Rundingan Baling terabai, hancur

Tapak sejarah Rundingan Baling terabai, hancur

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Galeri Rundingan Baling, salah satu tapak warisan sejarah tanah air didapati dalam keadaan terabai dan tidak begitu terurus.

Menurut Presiden Gerakan Reformasi Veteran Angkatan Tentera Malaysia (GRVATM), Azizan Salleh atau lebih dikenali sebagai Azizan Memali berkata, keadaan galeri tersebut adalah mendukacitakan.

“Dah hancur,” ujarnya secara ringkas.

Beliau turut berkongsikan beberapa keping gambar lawatan beliau ke tapak sejarah tersebut.

Tinjauan Air Times pada gambar yang diberikan mendapati, galeri tersebut mengalami kerosakan teruk di mana terdapat binaan kayu telah reput dan atap bangunan yang telah bocor.

Presiden GRVATM, Azizan Memali tiba di Galeri Rundingan Baling 1955 bagi melihat sendiri keadaan sebenar tapak warisan sejarah negara. Foto: Azizan Memali

Galeri Rundingan Damai 1955 Baling merupakan tempat berlakunya rundingan damai antara Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Rundingan bersejarah tersebut diadakan selama 2 hari pada lewat Disember 1955 di Sekolah Kebangsaan Tunku Putra, Baling, Kedah.

Dalam rundingan tersebut, Tunku telah menawarkan pengampunan kepada pengganas komunis sekiranya mereka meletak senjata dan menyerah kalah.

Chin Peng pula menuntut Kerajaan Perikatan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu untuk mengiktiraf PKM sebagai sebuah parti politik dan bebas.

Rundingan menemui jalan buntu apabila PKM enggan menerima pelan damai Tunku dan bertindak untuk meneruskan gerakan bersenjata.

Tunku Abdul Rahman akhirnya telah menarik balik tawaran tersebut pada Februari 1956. – airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply