Home Semasa COVID-19: 869 kes baharu, 451 direkodkan di Sabah

COVID-19: 869 kes baharu, 451 direkodkan di Sabah

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Sabah terus merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 451 kes positif COVID-19 pada hari ini, manakala Selangor mencatat 159 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 15 kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 2 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua negeri-negeri ini adalah dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata, sebanyak 224 kes pada hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat.

“Daripada 869 kes penularan di dalam negara, 745 kes adalah warganegara Malaysia dan 124 kes adalah bukan warganegara,

“4 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 441 kes,

“Sehingga hari ini, seramai 302 pesakit telah disahkan pulih pada hari ini,” jelasnya dalam sidang media pada hari ini.

Selain itu, terdapat 4 kematian direkodkan. Kesemua kes melibatkan pesakit di Sabah, di mana 3 daripadanya mempunyai latar belakang masalah kesihatan.

“2 kes kematian direkodkan di Hospital Queen Elizabeth. Kedua-dua lelaki berkenaan berumur 78 dan 88 tahun mempunyai latar belakang penyakit kencing manis,

“Kes kematian ke-179 pula melibatkan seorang wanita berusia 71 tahun dan disahkan meninggal dunia di Hospitau Tawau, manakala pesakit ke-180 pula meninggal di Hospital Duchess of Kent,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Dr Noor Hisham mengesahkan, 5 kluster baru direkodkan pada hari ini iaitu 2 kluster di negeri Selangor, 1 kluster masing-masing di Sabah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Sehingga kini, seramai 19,627 orang telah disahkan menghidap wabak pandemik yang membawa maut itu. Jumlah keseluruhan pesakit sembuh adalah 12,561 kes dan bilangan kes kematian telah meningkat kepada 180 kes. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply