Home Pertahanan dan Keselamatan 10 kotak sampel COVID-19 dibawa keluar dari Sabah oleh TUDM

10 kotak sampel COVID-19 dibawa keluar dari Sabah oleh TUDM

by M.Daim

SUBANG, 17 Okt – Misi penerbangan A400M ke Sabah oleh Tentera Udara Diraja Malaysia telah membawa keluar 10 kotak sampel ujian saringan COVID-19.

Kesemua sampel terbabit telah dibawa dari Tawau, Kota Kinabalu dan Labuan untuk diuji di beberapa makmal perubatan sekitar Lembah Klang.

Sampel dihantar dari Sabah dan Labuan akan diuji di makmal perubatan sekitar Lembah Klang. Foto: Air Times/M Daim

Operasi membawa pulang kesemua sampel terbabit merupakan sebahagian daripada misi penerbangan A400M yang membawa bekalan perubatan dan kelengkapan Hospital Medan Tawau, hari ini.

Dalam operasi yang sama, TUDM turut menghantar seramai 33 orang anggota dari Kor Kesihatan Diraja (KKD) yang akan ditugaskan di Hospital Medan Tawau.

Pesawat A400M dari No 22 Skuadronn ini dikendalikan oleh Mejar Mohd Shafique Mohd Amin TUDM dan dibantu oleh Kapten Noor Mohamad Farhan Mohd Noor selaku pembantu juruterbang bersama 5 krew. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply