Home SemasaGlobal Thailand pilih 5,000 sukarelawan jalani ujian vaksin COVID-19

Thailand pilih 5,000 sukarelawan jalani ujian vaksin COVID-19

by M.Daim

BANGKOK, 25 Mei – Seramai 5,000 orang sukarelawan di Thailand akan dipilih untuk menjalani ujian klinikal vaksin COVID-19 yang akan dihasilkan oleh negara itu pada lewat tahun ini.

Vaksin mRNA dibangunkan dengan kerjasama Pusat Kajian dan Pembangunan Vaksin Universiti Chulalongkorn, Institut Vaksin Kebangsaan dan Jabatan Sain Perubatan serta sektor swasta.

Menurut laporan Bangkok Post, vaksin tersebut merupakan antara yang berpotensi untuk diuji di Thailand.

Ujian klinikal vaksin COVID-19 pada ketika ini melibatkan haiwan.

Rancangan ujian klinikal pada manusia akan dijalankan selepas mendapat hasil ujian pada monyet.

“Suntikan pertama telah diberikan pada seekor monyet, Sabtu lalu. Hasil ujian akan didapati selewat-lewatnya Ogos ini,

“Sekiranya ujian berjaya, sebanyak 10,000 dos vaksin akan dihasilkan untuk ujian klinikal pada manusia,

“Pihak kami telah merancang untuk mendapatkan seramai 5,000 orang sukarelawan untuk ujian ini dengan mengenakan 2 suntikan setiap seorang,” kata Kiat Rakrungtham, Ketua Pengarah Penyelidikan Universiti Chulalongkorn yang dipetik oleh media Thailand.

Menurut beliau, vaksin untuk ujian klinikal akan dihasilkan di Kanada dan ujian akan dilakukan secara berperingkat.

Related Articles

Leave a Reply