Home SemasaGlobal China berjaya uji helikopter tanpa pemandu AR500C

China berjaya uji helikopter tanpa pemandu AR500C

by M.Daim

NANCHANG, 25 Mei – China telah berjaya menerbangkan helikopter tanpa pemandu AR500C di kawasan dataran tinggi pada minggu lalu.

Helikopter tersebut telah melakukan penerbangan selama 20 minit dan diselia oleh Aviation Industry Corporation of China (AVIC).

Menurut ChinaDaily, ujian penerbangan telah dilaksanakan di timur wilayah Jiangxi.

AR500C dibangunkan dari model AR500B.

Mampu untuk melaksanakan penerbangan selama 5 jam, helikopter ini mampu untuk terbang pada kelajuan sekitar 165 ke 170 kilometer sejam dan mempunyai had altitud setinggi 6.7 kilometer.

Pesawat ini direka untuk melakukan tinjauan dan penghubung komunikasi. Selain itu, AR500C turut digunakan untuk tujuan peperangan elektronik, rondaan maritim, penghantaran bekalan serta operasi mencari dan menyelamat.

Related Articles

Leave a Reply