MOSKOW, 30 Jan – Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin telah meluluskan arahan penutupan sempadannya dengan negara China pada hari ini bagi membendung penularan wabak 2019 novel koronavirus.
Selain daripada itu, Rusia turut menghentikan pengeluaran visa kepada pelawat dari China.
Walaupun Rusia tidak merekodkan sebarang jangkitan wabak 2019-nCoV, Moskow telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang penularan wabak berbahaya di negara itu.
“Kami akan melakukan apa saja untuk melindungi rakyat kami,” tegas Mikhail seperti dilaporkan oleh AFP.
Menurut media Rusia, arahan yang ditandatangani oleh Mikhail akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.