Home SemasaGlobal Kapal perang AS ‘melawat’ Kepulauan Spratly diduduki China semasa Tahun Baru Cina

Kapal perang AS ‘melawat’ Kepulauan Spratly diduduki China semasa Tahun Baru Cina

by M.Daim

BEIJING, 28 Jan – Kapal Tentera Laut Amerika Syarikat, USS Montgomery telah dihalau oleh Tentera Udara China dan Tentera Laut China pada Sabtu lalu.

USS Montgomery, kapal kelas Littoral Combat Ship milik Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) telah melakukan pelayaran berhampiran pulau yang diduduki oleh China di Kepulauan Spratlys semasa perayaan Tahun Baru China.

“Tentera China telah melancarkan aset udara dan laut untuk mengesan, menjejak serta memerhati kapal milik US Navy sebelum menghalau keluar kapal berkenaan,” kata jurucakap PLA, Senior Colonel Li Huamin yang dipetik oleh Global Times.

Pada Sabtu lalu, USS Montgomery telah melaksanakan pelayaran di perairan berhampiran pulau yang dikuasai oleh China bagi tujuan pelaksanaan operasi hak kebebasan berlayar.

Jurucakap 7th Fleet yang dipetik oleh Japan times, pelayaran USS Montgomery dilakukan bagi menegaskan hak pelayaran bebas di Kepulaun Spratly mengikut undang-undang antarabangsa.

Pelayaran operasi hak kebebasan berlayar (freedom of navigation operation, FONOP) yang pertama pada tahun ini adalah melibatkan laluan perlayaran yang dikawal oleh China, Taiwan dan Vietnam.

“FONOP di Laut China Selatan adalah sebahagian daripada operasi harian tentera AS di rantau ini,” kata Lt. Joe Keiley.

Beliau menambah, operasi dilaksanakan dengan aman dan tidak memihak atau memusuhi mana-mana negara.

Related Articles

Leave a Reply