Home SemasaGlobal Hong Kong gantung operasi pengangkutan dari China

Hong Kong gantung operasi pengangkutan dari China

by M.Daim

HONG KONG, 28 Jan – Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam menyatakan pihak berkuasa negara pulau itu akan menghentikan operasi pengangkutan dengan China bagi membendung penularan wabak 2019 novel coronavirus (2019-nCoV).

Operasi pengangkutan kereta api berkelajuan tinggi dan feri akan digantung mulai 30 Januari.

Pada masa yang sama, beliau menyatakan Hong Kong telah menggantung permit kemasukan warga China ke bandar pulau itu. Selain daripada itu, operasi penerbangan dari China turut dikurangkan kepada 50%.

 

Related Articles

Leave a Reply