Home SemasaGlobal Anggota Tentera Laut Diraja Thailand pantau projek kapal selam tinggalkan Wuhan sebelum bandar ditutup

Anggota Tentera Laut Diraja Thailand pantau projek kapal selam tinggalkan Wuhan sebelum bandar ditutup

by M.Daim

BANGKOK, 28 Jan – Tentera Laut Diraja Thailand (Royal Thai Navy, RTN) mengesahkan kesemua 20 anggotanya yang bertugas di Wuhan telah pulang ke Thailand sebelum bandar tersebut ditutup berikutan jangkitan wabak 2019 novel coronavirus (2019-nCoV).

Anggota RTN berada di Wuhan bagi memantau pembinaan kapal selam baharu di Wuhan.

Menurut Timbalan Ketua Turus RTN, VAdm Prachachart Sirisawat, kesemua anggota RTN telah meminta kebenaran untuk berada di lokasi lain berikutan penutupan limbungan kapal pada 22 Januari sehingga 2 Februari berikutan cuti perayaan Tahun Baru Cina.

“Selepas kerajaan China mengarahkan penutupan bandar Wuhan, kesemua anggota terbabit tidak dapat memasuki semula ke bandar tersebut,” kata Prachachart yang dilaporkan oleh Bangkok Post.

Beliau menambah, kesemua anggota terbabit telah pulang ke Thailand dan telah melepasi pemeriksaan oleh kerajaan China.

Kesemua 20 anggota RTN berada di China bagi memantau dan memeriksa pembinaan kapal selam oleh syarikat China Ship Building Industry Corporation.

Pada tahun 2017, Thailand telah menandatangani kontrak perolehan sebuah kapal selam kelas Yuan S-26T dari China bernilai US$ 383 juta. Kapal selam yang akan diterima oleh pihak RTN pada tahun 2023 itu mula dibina pada 7 September 2019.

Related Articles

Leave a Reply