Home SemasaGlobal Iran lancar serangan dron dan peluru berpandu balistik

Iran lancar serangan dron dan peluru berpandu balistik

by M.Daim

TEHRAN, 1 Okt – Tentera Iran telah melancarkan serangan dron dan peluru berpandu balistik terhadap kedudukan kumpulan yang menjadi dalang serangan di Ahvaz pada 22 September lalu.

Agensi berita Iran memetik kenyataan Iran’s Islamic Revolution Guard Corps yang menyatakan sebanyak 6 buah peluru berpandu balistik dilancarkan ke kedudukan kumpulan pengganas di Timur Syria. Keenam-enam peluru berpandu dilancarkan dari kawasan barat Iran.

Selain daripada serangan peluru berpandu balistik, Iran turut menghantar 7 buah dron untuk melancarkan serangan terhadap beberapa kedudukan di Syria.

IRNA melaporkan operasi tersebut telah disasarkan ke beberapa infrastruktur dan tempat simpanan senjata yang dipercayai dimiliki oleh kumpulan al-Ahwaz.

Kumpulan al-Ahwaz mengaku bertanggungjawab dalam insiden pada 22 September lalu di Iran. Dalam kejadian tersebut, beberapa orang pengganas berpakaian tentera bertindak melepaskan tembakan dan membunuh kira-kira 25 orang serta 60 orang lagi cedera.

Pada pertengahan tahun 2017, Tehran bertindak melancarkan serangan peluru berpandu balistik terhadap kedudukan kumpulan Da’esh di wilayah Deir ez-Zor, Syria.

Related Articles

Leave a Reply