Home PolitikPakatan Harapan Desak ambil tindakan kepada Lokman – Fahmi

Desak ambil tindakan kepada Lokman – Fahmi

by Nurulhuda

PORT DICKSON, 1 Okt – Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil membuat laporan polis berhubung status kontroversi dimuat naik Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.

Berita itu mendakwa kononnya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim disiasat pihak berkuasa Singapura kerana terlibat dalam kes liwat di negara tersebut.

Menurutnya, beliau membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, di sini, pagi tadi dan menganggap status berkenaan merupakan kenyataan cukup jahat, tohmahan yang cuba mengubah persepsi rakyat.

Tambah beliau, pihaknya belum membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Lokman namun akan menunggu perkembangan seterusnya.

“Saya buat laporan kerana beranggapan ia kenyataan cukup jahat, tohmahan fitnah yang cuba ubah persepsi umum terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya minta pihak berkuasa untuk segera melakukan tindakan kerana saya difahamkan beliau mungkin akan keluarkan lebih banyak kenyataan seperti ini.

“Saya akan minta rakan dari negeri lain untuk buat laporan serupa,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PH, di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor mengesahkan pihaknya telah menerima laporan kes tersebut.

“Berdasarkan dari laporan itu, kita akan klasifikasikan sama ada ia laporan itu hanya untuk maklumat polis sahaja atau tidak, jika laporan itu untuk tindakan mahkamah, kita akan teruskan untuk kertas siasatan, jika hanya untuk makluman kita, kes itu Tiada Tindakan Lanjut (NFA) sahaja.

“Kes ini akan dirujuk oleh pasukan siasatan pilihan raya,” katanya dalam sidang media di IPD Port Dickson, hari ini.

Mohd Faisal berkata, terdapat tiga pasukan siasatan pilihan raya yang diketuai oleh seorang pegawai setiap pasukan yang mana ia diselia oleh kontinjen Negeri Sembilan yang dirujuk terus Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan.

Related Articles

Leave a Reply