Home SemasaGlobal Arab Saudi usir Duta Besar Kanada

Arab Saudi usir Duta Besar Kanada

by Air Times News Network

RIYADH, 6 Ogos – Arab Saudi mengumumkan pengusiran duta besar Kanada ke negara itu dan pada masa sama, membekukan sebarang hubungan perdagangan dengan Ottawa berhubung apa yang disifatkan sebagai campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara.

“Kerajaan Arab Saudi tidak akan menerima sebarang campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara,” kata kementerian luar dalam satu kenyataan selepas kedutaan Kanada di Riyadh mendesak pembebasan aktivis yang dipenjarakan. – AFP

Related Articles

Leave a Reply