Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Angka kematian meningkat gempa bumi di Lombok – Air Times News Network
Home SemasaGlobal Angka kematian meningkat gempa bumi di Lombok

Angka kematian meningkat gempa bumi di Lombok

by Air Times News Network

MATARAM, 6 Ogos – Angka kematian akibat gempa bumi di pulau Lombok meningkat kepada 82 orang, manakala ratusan lagi dilaporkan cedera.

Jurucakap agensi bencana kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho, berkata gempa bumi itu turut mengakibatkan ratusan bangunan musnah.

Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud yang melanda Lombok, malam tadi, mengejutkan pelancong dan penduduk tempatan.

Gegaran itu turut dirasai penduduk di pulau Bali yang terletak berhampiran.

Sutopo berkata, amaran tsunami yang dikeluarkan sebelum ini, sudah ditarik balik, namun kebanyakan penduduk sudah menyelamatkan diri ke kawasan lebih selamat.

“Amaran tsunami yang dikeluarkan menyebabkan ramai penduduk cemas,” katanya.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, pusat gempa bumi yang melanda utara Lombok terletak hanya 10 kilometer di bawah tanah dan diikuti oleh dua gempa lagi gegaran, selain 12 gempa susulan.

Pasukan penyelamat berkata, gempa bumi menyebabkan kerosakan teruk di Mataram, iaitu bandar utama di Lombok. – AFP

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?