Home SemasaGlobal F-16 Singapura bakal diganti?

F-16 Singapura bakal diganti?

by M.Daim

SINGAPURA, 1 Julai – Menteri Pertahanan Singapura, Dr. Ng Eng Hen menyatakan pihak Singapura akan mengumumkan program penggantian jet pejuang F-16. Jet pejuang F-16 merupakan salah satu taring dalam pasukan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).

Menurut beliau, jet-jet pejuang yang telah mencapai usia 30 tahun tersebut akan dianggap ketinggalan pada tahun 2030.

“Membeli jet pejuang bukannya seumpama membeli kereta baharu, perancangan perlu dibuat dengan mengambil kira persediaan tempoh 8 ke 10 tahun ke hadapan,” kata beliau.

Persediaan yang dimaksudkan adalah perancangan dari segi latihan, fasiliti dan senggaraan.

Kenyataan Dr Ng Eng Hen mengenai program penggantian F-16 yang dijangka akan diumumkan dalam masa beberapa bulan ini sekaligus meniup berita kemungkinan Singapura akan menjadi negara Asia Tenggara pertama untuk menggunakan F-35 Joint Strike Fighter.

Ini terutamanya dengan mengimbas kembali kenyataan Dr Ng Eng Hen pada tahun 2013 lalu yang menyatakan F-35 antara pilihan terbaik untuk RSAF.

Walaupun begitu, beliau bertegas bahawa Singapura tidak akan membuat keputusan terburu-buru untuk menggantikan F-16 milik RSAF.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply